Terma Dan Syarat

Alamat laman web kami: https://makansungaipetani.my.

Selamat datang ke laman web kami. Laman web ini menyediakan platfom dalam talian bagi peniaga/vendor Muslim untuk mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan mereka. Dengan mengakses atau menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat oleh terma dan syarat yang dinyatakan di bawah ini:

1. Penggunaan Laman Web

a. Anda dibenarkan untuk mengakses dan menggunakan laman web ini hanya untuk tujuan yang sah dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

b. Anda dilarang melakukan tindakan yang boleh merosakkan atau mengganggu fungsi laman web, atau menyebabkan kerosakan pada pelayan atau rangkaian yang berkaitan dengan laman web.

c. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web ini untuk tujuan penipuan atau sebarang tingkah laku lain yang tidak sah.

d. Kami berhak untuk menghadkan akses anda ke laman web atau membatalkan akaun anda jika kami mendapati anda melanggar terma dan syarat ini.

2. Pendaftaran Akaun

a. Sekiranya anda mahu, anda digalakkan mendaftar akaun dengan kami. Anda hendaklah memastikan bahawa maklumat akaun yang anda berikan adalah tepat dan lengkap. Anda juga bertanggungjawab untuk memelihara keselamatan akaun anda dan tidak berkongsi maklumat akaun anda dengan orang lain.

3. Produk Dan Perkhidmatan

a. Peniaga/vendor di laman web ini bertanggungjawab untuk produk dan perkhidmatan yang mereka jual. Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab atas produk atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga/vendor dan tidak memberikan jaminan, baik tersurat atau tersirat, tentang kebolehpercayaan, kualiti, ketepatan, atau kesesuaian produk dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga/vendor.

b. Anda bersetuju untuk memeriksa produk dan perkhidmatan yang dijual oleh peniaga/vendor dengan teliti secara berhubung terus dengan mereka sebelum membeli. Anda bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh peniaga/vendor mengenai pembelian produk atau perkhidmatan.

c. Anda bersetuju bahawa pembelian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga/vendor adalah atas risiko anda sendiri.

4. Pengendalian Transaksi Dan Pembayaran

a. Anda bersetuju bahawa setiap transaksi yang dilakukan melalui laman web ini adalah di antara anda dan peniaga/vendor.

b. Anda bersetuju untuk membayar harga yang dinyatakan oleh peniaga/vendor bagi produk atau perkhidmatan yang anda beli.

c. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan transaksi atau kemungkinan kerugian yang dialami oleh anda akibat transaksi tersebut.

5. Penghantaran Dan Pengambilan

a. Penghantaran dan pengambilan produk atau perkhidmatan adalah berdasarkan persetujuan bersama di antara anda dan peniaga/vendor.

b. Kami tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan atau kegagalan penghantaran atau pengambilan produk atau perkhidmatan yang tersebut.

6. Penafian Tanggungjawab

a. Laman web ini disediakan pada dasar “apa adanya” dan kami tidak memberikan jaminan, baik tersurat mahupun tersirat, mengenai ketepatan, kebolehpercayaan, kebolehgunaan atau ketersediaan laman web ini.

b. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berpunca daripada penggunaan laman web ini.

7. Laman Web Pihak Ketiga

a. Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web dan perkhidmatan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau dasar terma & syarat atau amalan yang digunakan oleh syarikat lain atau laman web yang dipautkan kepada atau daripada laman web ini. Sila baca dasar terma dan syarat mana-mana syarikat atau laman web lain yang dipautkan kepada atau daripada laman web kami.

b. Dasar terma dan syarat kami terpakai hanya untuk laman web kami dan produk serta perkhidmatan di dalamnya. Sementara kami menyediakan pautan pada laman ini ke laman lain, penyertaan pautan tersebut adalah untuk kemudahan sahaja dan hendaklah tidak ditafsirkan sebagai pengendorsan pemilik/penaja atas laman atau kandungan laman. Kami menafikan semua waranti, nyata atau tersirat, berkenaan ketepatan, kesahan, keundangan atau yang lain berkenaan apa-apa bahan atau maklumat yang terkandung di laman tersebut.

8. Perubahan Terma dan Syarat

a. Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.

b. Dengan terus menggunakan laman web ini selepas terma dan syarat diubah atau dikemas kini, anda dianggap bersetuju dengan terma dan syarat yang terkini.

9. Undang-Undang Yang Mengawal

a. Terma Dan Syarat, Polisi Privasi dan sebarang perkara yang berkaitan laman web ini hendaklah dikawal oleh undang-undang Federal Court of Malaysia dan Komanwel Malaysia manakala sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara ekslusif dalam mahkamah Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia di Malaysia.

Sekian terma dan syarat yang dinyatakan untuk laman web e-dagang kami. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan mengenainya melalui emel di [email protected] .