Polisi Privasi
Alamat laman web kami: https://makansungaipetani.my.
Kami, pentadbir laman web makansungaipetani.my, menghargai privasi pelanggan kami dan komitmen kami untuk melindungi data peribadi pelanggan kami adalah sangat penting bagi kami. Oleh itu, kami telah menyediakan dasar polisi privasi yang jelas dan mudah difahami untuk memberi kefahaman kepada anda tentang bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mengendalikan dan melindungi maklumat peribadi anda.
1. Pengumpulan Maklumat Peribadi
Kami mengumpul maklumat peribadi seperti nama, alamat e-mel, alamat rumah, nombor telefon, alamat penghantaran dan informasi kewangan bagi tujuan kemudahan operasi perniagaan kami dan keberkesanan penggunaan laman web ini. Kami juga mengumpul maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang anda cari dan beli dari laman web kami, maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan laman web kami dan maklumat tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web kami.
2. Penggunaan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi anda digunakan untuk memproses pesanan dan penghantaran produk, menghubungi anda tentang pesanan dan perkhidmatan kami, menguruskan akaun anda dan memberikan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk analisis laman web dan keperluan pemasaran.
3. Pendedahan Maklumat Peribadi
Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, tetapi kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan kongsi atau peniaga/vendor kami. Walaubagaimanapun, kami tidak bertanggung jawab atas penggunaan data peribadi yang dilakukan oleh pihak peniaga/vendor. Kami juga mungkin memberikan maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang dan perintah mahkamah.
4. Keselamatan Maklumat Peribadi
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang wajar untuk melindungi maklumat peribadi anda dari kehilangan, penggunaan tidak sah atau akses tanpa kebenaran. Kami menggunakan teknologi keselamatan seperti SSL dan enkripsi untuk melindungi maklumat peribadi anda semasa di laman web kami.
5. Pilihan dan Kawalan Anda
Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada kami termasuk peniaga/vendor kami tetapi ini mungkin mempengaruhi keupayaan kami serta peniaga/vendor untuk memproses pesanan dan penghantaran produk. Anda juga mempunyai kawalan ke atas maklumat peribadi anda dan boleh meminta akses, pembetulan atau penghapusan maklumat peribadi anda yang disimpan dalam pangkalan data kami.
6. Perubahan pada Dasar Polisi Privasi
Kami boleh mengemaskini dasar polisi privasi kami dari semasa ke semasa dan kami akan menyiarkannya di laman web kami tentang sebarang perubahan yang berlaku.
Sekian dasar polisi privasi kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai dasar ini atau pengendalian maklumat peribadi anda, sila hubungi kami melalui emel di [email protected] .